Sunday, 17 March 2013

Sakitnya Bersalin part1

setiap orang mempunyai rasa yang berbeza apabila menghadapi saat-saat bersalin. begitu juga dengan saya. semasa anak pertama, saya tak mahu memikirkan bagaimana rasanya sakit hendak bersalin. biarlah sakit macam mana sekali pun tentu kena hadapi juga. betullah, saya memang sakit bila hendak bersalin. selepas turun darah, terus bergegas ke hospital namun setelah pemeriksaan, laluan untuk mengeluarkan bayi baru 1cm. saya rasa dah sakit sangat. namun apakan daya belum masanya lagi. baliklah rumah terlebih dahulu. rehat sambil menahan sakit. apabila sudah sakit semakin kerap dan pergi semula ke hospital pada malam tu. seperti dijangka masih lagi belum masanya lagi. laluan baru buka 2cm. saya meminta untuk terus tinggal dihospital memandangkan jarak rumah dengan hospital agak jauh. duduk dihospital tak banyak membantu untuk mempercepatkan proses bersalin. hanya banyakkan berdoa sambil bergerak ke sana sini. seharian berada di hospital laluan beru terbuka 3cm. sakit dah tak tertanggung kenalah bertahan lagi. apabila malam menjelma sakit semakin kuat dan dalam pukul 10 malam barulah bukaan mencecah 4cm dan saya bersiap sedia untuk dimasukkan kedalam bilik bersalin. hanya menanggung sakit sehinggalah jam 7 pagi barulah laluan mencecah hampir 10cm. alhamdulillah jam 7.54pagi barulah keluar seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.

anak ke-2

Alhamdulillah..
sudah terlalu lama tidak membuka blog ini. al-maklumlah kehidupan semakin sibuk dengan hal-hal dunia tiada kesudahan. kehidupan kami sekeluarga tambah berseri dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata iaitu seorang puteri yang diberi nama Qisya Adelia binti Muhammad Suffian. lahir pada 30 ogos 2012 seperti tarikh yang dijanjikan di hospital serdang pada tepat jam 5 pagi.