suffian & norain
Thursday, 15 May 2014
Penangan Jalan Raya Malaysia
Penangan jalan raya malaysia yang penuh dengan lopak dan berlubang.
yang ini bukan kene kat jalan biasa, tapi jalan tun razak, lane ketiga dan biasanya dilalui oleh beribu kenderaan sehari. bayangkan aku telah terlanggar lubang yang kire-kire 4 - 5 inci dalam yang berbentuk segi empat bersaiz pintu laci meja. lokasi lubang lebih kurang hadapan kedutaan singapura - lembaga tabung haji.
nasib memang menyebelahi aku, walaupun terlanggar lubang, tapi masih sempat mengelak tayar depan dari terperosok dan boleh menyebabkan kemalangan.
aku dah buat aduan kepada DBKL melalui JKR semalam, diharap diorang buat kerja dengan cepat sebelum lubang tu meragut nyawa pengguna.
aku bukan nak 'kondem' mana-mana pihak, tapi kalau nak korek lubang, sila turap semula dengan kemas dan berkualiti. macam aku tengok kat jalan raya di putrajaya boleh pun turap semula dengan kemas. contoh aku tengok kat jambatan kawasan masjid putra.
sekian, terima kasih.
Labels:
dbkl,
jalan tun razak,
jkr,
kemalangan,
lc135,
lopak,
lubang,
rim bengkok,
sport rim
Sunday, 11 May 2014
Selamat Pengantin Baru Abg Hairi dan Kak Linda
Segmen ini ditujukan khas kepada Abg Hairi dan Kak Linda serta keluarga.
Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.
Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.
Sunday, 17 March 2013
Sakitnya Bersalin part1
setiap orang mempunyai rasa yang berbeza apabila menghadapi saat-saat bersalin. begitu juga dengan saya. semasa anak pertama, saya tak mahu memikirkan bagaimana rasanya sakit hendak bersalin. biarlah sakit macam mana sekali pun tentu kena hadapi juga. betullah, saya memang sakit bila hendak bersalin. selepas turun darah, terus bergegas ke hospital namun setelah pemeriksaan, laluan untuk mengeluarkan bayi baru 1cm. saya rasa dah sakit sangat. namun apakan daya belum masanya lagi. baliklah rumah terlebih dahulu. rehat sambil menahan sakit. apabila sudah sakit semakin kerap dan pergi semula ke hospital pada malam tu. seperti dijangka masih lagi belum masanya lagi. laluan baru buka 2cm. saya meminta untuk terus tinggal dihospital memandangkan jarak rumah dengan hospital agak jauh. duduk dihospital tak banyak membantu untuk mempercepatkan proses bersalin. hanya banyakkan berdoa sambil bergerak ke sana sini. seharian berada di hospital laluan beru terbuka 3cm. sakit dah tak tertanggung kenalah bertahan lagi. apabila malam menjelma sakit semakin kuat dan dalam pukul 10 malam barulah bukaan mencecah 4cm dan saya bersiap sedia untuk dimasukkan kedalam bilik bersalin. hanya menanggung sakit sehinggalah jam 7 pagi barulah laluan mencecah hampir 10cm. alhamdulillah jam 7.54pagi barulah keluar seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.
anak ke-2
Alhamdulillah..
sudah terlalu lama tidak membuka blog ini. al-maklumlah kehidupan semakin sibuk dengan hal-hal dunia tiada kesudahan. kehidupan kami sekeluarga tambah berseri dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata iaitu seorang puteri yang diberi nama Qisya Adelia binti Muhammad Suffian. lahir pada 30 ogos 2012 seperti tarikh yang dijanjikan di hospital serdang pada tepat jam 5 pagi.
sudah terlalu lama tidak membuka blog ini. al-maklumlah kehidupan semakin sibuk dengan hal-hal dunia tiada kesudahan. kehidupan kami sekeluarga tambah berseri dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata iaitu seorang puteri yang diberi nama Qisya Adelia binti Muhammad Suffian. lahir pada 30 ogos 2012 seperti tarikh yang dijanjikan di hospital serdang pada tepat jam 5 pagi.
Tuesday, 4 October 2011
muhammad amir hadif
Ini adalah anak sulung kami Muhammad Amir Hadif bin Muhammad Suffian berusia genap 6 bulan. Semasa pendaftaran risau jugak takut tak muat nama dalam my kid. Tapi pegawai kat pendaftaran tu dah faham sangat, nama budak zaman sekarang panjang-panjang mesti ada 3 nama. Walaupun panjang tapi membawa maksud yang baik :
Amir = Pemimpin; Hadif = Yang Mempunyai Matlamat
Subscribe to:
Posts (Atom)